Monday 2 May 2016

Allah Maha Adil

Assalamualikum..
Hari ni nak share sikit cerita saya....Harap korang suka..

Kadang-kadang kita rasa dunia ni kejam kan. Yeayhh me too as well. Selalu jugak merungut sebab tak dapat apa yang orang lain dapat. Padahal kita tak sedar yang Allah dah bagi benda lain untuk kita. Ini kerana Dia sahaja lah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kita jer tak tahu, yang tahu merungut jer kan. Sebab tu lah kena muhasabah diri dan bersyukur.

Selalu saya fikir yang saya ni serba kekurangan, tak macam orang lain (nak list kan pon banyak sangat). Tapi bila muhasabah diri balik, baru sedar yang saya ni memiliki kelebihan jugak. Yer lar, bila piker balik dulu saya dapat masuk mrsm,result pun elok sampai akhir sem(Alhamdulillah). UPSR, PMR, SPM smua straight A. Tak susah sangat macam orang lain nak belajar. Lepas SPM terus masuk UTM bt foundation 8 bulan je(skip setahun matrik or asasi). Tu pon sebab dapat nasihat dari my parents and jugak sebab hikmah dapat masuk mrsm instead of sbp(pernah nangis and rasa nak mati sebab tak dapat masuk sbp). Alhamdulillah result pon ok. Lepas tu sambung degree kat UTM dapat kursus yang saya tak minat pun(elektronik eng). Rasa macam nak give up pon ada. Tapi tetap usaha jugak even tak minat(tapi pointer pon macam budak tak nak belajar). Last2 baru sedar yang course saya tengah ambil sekarang ni tengah develop dalam perindustrian and banyak peluang kerjaya. Ohhhh, from that moment I realize that this is why He put me on this way.



And then, masuk tahun 3, kena pilih elektif, and I choose medical electronic(field tu tak banyak yang ambil). Tapi rasa risau sangat sebab takut susah nak dapat kerja tambah2 kawan2 dok provoke yang elektif saya ambil ni tak banyak peluang. But I didn't listen to them. I just followed my instinct and pilih medical. Then, Alhamdulillah again bila ambil field ni pointer saya terus naik untuk dua2 sem(I don't know maybe actually saya minat medic,kih kih kih).

Then, masuk tahun 4, I've got a job offer from Intel in my first interview. Alhamdulillah again. Itu pun sebab kena paksa pergi interview(katanya wajib untuk grad..huhu). Memang tak nak langsung pun keje kat Intel. Tak ready sebab nak sambung master terus. Then, 2 days before interview, memang saya berdoa betul2, minta petunjuk kalau itu yang terbaik untuk masa depan. And saya dapat offer. So saya terima offer tu atas nasihat family, seniors, lecturers, and kawan2 and jugak doa. Mungkin ini yang terbaik sebab sebenarnya tak pikir langsung untuk kerja kat industry. Tapi kita follow je lah path yang Allah bagi. Yang bestnya tak payah nak susah2 cari kerja macam kawan-kawan lain. Just focus on my FYP and my last final. And after this I will start to become an employee and not as a student anymore. Harap2 saya bole survive keje dekat sana.



As a conclusion, everyone has their own pros and cons. Macam saya ni nak achieve something or proceed to the next level memang mudah(just in one shot), but otw to achieve that, MashaAllah, Tuhan je yang tahu, full of hardship(kadang rasa nak give up and nak mati jer). Ada orang susah nak achieve something but in the way banyak kesenangan yang diberikan. And macam2 lagi lar corak kehidupan kita ni. Cuma yang paling penting doa minta petunjuk, bersyukur dengan apa yang ada. Dan ingat, semua tu adalah ujian dari Allah. And setiap yang Allah bagi tu ada hikmah nya. Cuma kita jer tak tahu.



Peaceeee.....

No comments:

Post a Comment